Neelofa ‘Payung’ Sikit Wajah Bilal, Peminat Teka Persis Jebat! Tapi Segelintir Sindir – “Ibarat Menunggu Buah Tak Gugur”

Tindakan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor untuk tidak mendedahkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal atas sebab penyakit ain yang dikongsikannya sebelum ini masih menjadi persoalan dalam kalangan netizen.

Ini kerana, tindakan Neelofa yang sering menunjukkan wajah Bilal dari sudut sisi didakwa seakan-akan mahu meraih perhatian netizen.

 

 

Terbaharu, Neelofa sekali lagi berkongsi perkara sama apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya berupa fotonya yang sedang mendukung Bilal.

“Okay Bilal, Ummi will stay at home today,” tulisnya.

 

Menjengah di ruangan komen berkenaan, rata-rata warganet memuji kecomelan Bilal dan mendakwa wajah anak sulung Neelofa itu persis Jebat Jayden.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang meluahkan rasa terkilan dan meninggalkan kata-kata sindiran apabila usahawan itu masih tidak mendedahkan wajah anaknya walaupun Bilal kini sudah berusia lapan bulan.

Terdahulu, Neelofa pernah menafikan bahawa foto bayi yang tular baru-baru ini menerusi aplikasi TikTok bukanlah anaknya.

“Hehehe sorry semua, ni bukan Bilal. Tapi comel Masya-Allah,” katanya.

Salma Syahbuddin