Lebih Handsome! Reza Rahadian Nampak Lebih Muda Dengan Rambut Pendek

Pelakon Indonesia Reza Rahadian tampil dengan imej terkininya yang berambut pendek, sekali gus menarik perhatian peminatnya.

Sebelum ini, Reza sering tampil dengan rambutnya yang panjang dan serabai, malah dia juga turut tampil dengan jambang yang kemas.

Menurut Reza, dia lebih selesa selepas memotong rambut demi tuntutan kerja untuk sebuah filem terbaharunya nanti.

“Gaya ini untuk watak dalam filem baharu saya nanti. Saya rasa begitu lega dan selesa dengan gaya rambut sekarang,” katanya.

Memetik laporan Kosmo, penampilan terkini pelakon itu turut mendapat pujian dari peminatnya yang dikatakan nampak lebih muda dari usianya sekarang.

“Kamu kelihatan sangat kacak dengan potongan rambut pendek. Bahkan kamu juga kelihatan muda selepas mencukur jambang pada wajah,” kata seorang peminatnya.

Sumber: Kosmo

Fatin Nurain