Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Susulan isu tidak dapat bertemu dan masih tidak tahu dimana keberadaan anak tunggalnya, Ameena Sofia, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali kelihatan tidak berdiam diri dan mahu membawa perkara ini ke mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, tindakan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri  yang masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut mendapat perhatian dalam kalangan netizen.

Malah, menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya, aktres itu kelihatan memuat naik foto bersama quotes berbahasa Inggeris seakan-akan menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

“Anda sedang melakukan yang terbaik dan itu sudah cukup,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet tampil memberikan kata-kata semangat dan mempertahankan tindakan aktres itu susulan isu yang dibangkitkan bekas suaminya.

Bahkan, warganet juga menyifatkan, Fizi Ali sebagai seorang yang tidak matang, ‘play victim’ dan acah tersakiti dek kerana ‘bingit’ mengenai isu anaknya.

Terdahulu, isu melibatkan anak tunggal mereka mula menjadi perhatian selepas foto tekup mulut anaknya tular sekaligus menimbulkan rasa kurang senang di pihak Shakila.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameena Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Sebak… Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah Syariah!

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Hak Sebagai Bapa, Netizen Pula Minta Fizi Ali Layan Anak Tiri & Buat Anak Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

ARTIKEL BERKAITAN:Kurang Senang Mulut Anak Ditekup ‘Kakak’ Dalam Foto, Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Tak Terus Terang – “Jangan Sakiti Anak Saya!”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Tiri Fizi Ali Trauma Gara-Gara Foto Tekup Mulut – “Dia Takut Nak Keluar & Pergi Sekolah”

Salma Syahbuddin