Watak Murad Dalam Kamar Kamariah Buat Fizz Fairuz DiBenci Peminat

“Saya terkejut apabila ada yang meninggalkan komen mendakwa nampak saya terkandas kerana tayar kereta pancit.

“Tetapi peminat terbabit mengaku enggan membantu kerana benci dengan watak Murad yang saya bawa. Malah, ada yang ajak saya bergaduh di Instagram gara-gara karakter jahat itu,”  

Itu kata pelakon Fizz Fairuz apabila membaca pesanan yang telah dihantar oleh peminatnya baru-baru ini. 

Fizz menyedari wataknya dalam drama Kamar Kamariah adalah seorang lelaki yang kejam, namun meminta agar peminat tidak terlalu terbawa-bawa ataupun begitu taksub dengan lakonan beliau sehingga tidak tahu mmbezakan realiti dan lakonan semata-mata.

” Tak sangka ada yang nampak tetapi tidak mahu menolong disebabkan watak Murad yang saya bawa dalam drama tersebut. Malah, saya lihat apa sahaja yang saya kongsikan menerusi media sosial menjadi medan buat mereka melepaskan amarah. Malah, isteri saya juga turut terkena tempiasnya” Jelasnya.

Drama bersiri arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut menampilkan Nabila Huda, Tasha Shila, Syafie Naswip dan Aidil Aziz yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia.

Jadi, kalau peminat Fizz Fairuz nak tahu bagaimana kejamnya Murad dalam drama Kamar Kamariah ni, korang kenalah tengok dan hadam sendiri watak Murad tu okay!

Salma Syahbuddin