Categories: HiburanSelebriti

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja! 

Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya.

Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini dilihat telah memuat naik beberapa gambar beliau menerusi akaun instagram miliknya semalam.

Penyanyi yang berkecimpung dalam penulisan lagu dan modelling ini turut berkongsi gambar beliau ketika sedang menikmati air kelapa di lokasi popular di sekitar Kuala Lumpur.
Dan, perkongsian beliau itu rata-rata mendapat perhatian para peminatnya di Malaysia.
Dua Lipa bakal mengadakan konsert sulungnya itu di KL Live, Kuala Lumpur pada malam ini selepas kali terakhir beraksi di Festival Good Vibes, Genting Highlands pada Ogs tahun lalu.
Malaysia menjadi antara destinasi siri jelajah Self-Titled sebagai promosi kepada album terbaru beliau berjudul Dua Lipa.
Salma Syahbuddin