“Who Are You? Mampu Ke Nak Taja?” – Didakwa Kekwat & Mulut Puaka! Individu Bengang Dengan PA Khairul Aming

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai sikap pembantu peribadi (PA) kepada pempengaruh Khairul Aming yang dikatakan ‘kekwat’ dan bermulut puaka ketika ingin berurusan.

Individu tersebut mendedahkan sikap biadap pembantu peribadi tersebut di laman Twitter dan berkongsi pengalamannya berhadapan dengan lelaki tersebut.

“Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.

“Kekwat nak mampos. Aku contact Manager Tokti pun tak kekwat macam kau,” luah individu itu.

Gara-gara pendedahan tersebut, ramai juga yang tampil berkongsi pengalaman berurusan dengan pembantu peribadi Khairul Aming di rantaian ciapan individu tersebut.

Lagi, pembantu peribadinya itu turut memandang rendah kepada klien yang ingin bekerjasama dengan Khairul Aming.

“It’s true. Sis kena awal tahun hari tu, kalau tak boleh review cakap je elok-elok. Siap cakap: ‘Who are you? Terus nak cari Khairul Aming. Kalau you baru start, better you cari yang level-level you je. You mampu ke nak taja kita orang semua?, luah seorang individu lain.

 

Walaubagaimanapun, segala aduan dan luahan yang didedahkan oleh mangsa-mangsa yang pernah berurusan dengan sikap biadap pembantu peribadi itu telah mendapat perhatian daripada Khairul Aming sendiri.

Atiqah Johari