[VIDEO] “Tau Tak Dia Tengah Marah Artis No 1 Malaysia?” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Aafiyah ‘Marah’ Siti Nurhaliza

Gelagat comel anak penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah yang ‘memarahi’ ibunya mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian @watieysoong di TikTok, Siti merakam momen Aafiyah yang sedang mendodoikan adiknya, Muhammad Afwa sementara hendak menunggu susunya dibancuh.

“Sementara ibu bancuh susu kakak (Aafiyah), kakak dodoi adik tidur ye,” tulisnya.

@watieysoong Aafiyah mintak maaf lepas termarah ibu @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza #ctdk #siti ♬ original sound – Watiey Soong

Dalam video berkenaan, melihat ibunya masih merakam video, Aafiyah dengan nada marah menyuruh ibunya untuk membancuh susu.

“Buatlah!” kata Aafiyah.

“Marah ibu dok rakam je.. Tak bancuh susu padahal dah siap bancuh. Garang tu ikut ayah ye,” balas Siti.

Kemudian, Aafiyah sedar akan kesalahannya dan meminta maaf kepada ibunya.

“Aafiyah minta maaf sebab buat salah marah ibu sebab nak susu,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatahnya dan memberi ‘amaran’ untuk tidak memarahi penyanyi nombor satu negara.

“Jangan marah, tu artis nombor satu kami.

“Hahahaha tahu tak dia marah tu penyanyi nombor satu Malaysia.

“Aafiyah, Sitizoner is watching,” komen netizen.

Maya Basir