Terpaling Juara: Masih Tak Boleh Move On! Netizen ‘Compare’ Suara Ifa Raziah- “Part ‘Aku’ Tu Macam Bunyi Serigala…”

Walaupun sudah lima hari konsert ketiga Terpaling Juara berlalu, namun kontroversi yang melanda penyanyi dangdut Ifa Raziah masih lagi hangat diperkatakan netizen.

Mungkin masih tidak boleh ‘move on’ dengan nyanyian dan ‘attitude’ yang ditunjukkan pada malam konsert, warganet masih tidak berpuas hati untuk mendapatkan komen dan pandangan mengenai nyanyiannya pada malam itu.

Justeru, menerusi perkongsian video TikTok, individu yang dikenali sebagai @minvocalcek berkongsi permintaan pengikutnya untuk memeriksa penggunaan nota suara Ifa menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah yang dibawakannya pada malam konsert tersebut.

“Min, Ifa Raziah min… Dia kata dia sikit-sikit je sumbang biasa la katanya. Nak tahu juga lagu yang Hattan tegur baru-baru ni,” tulis netizen.

Melihat kepada video berkenaan, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons di ruangan komen TikTok tersebut.

Malah, ada yang menganggap nyanyian Ifa pada malam itu sama ‘level’ dengan nyanyian karaoke mereka.

Tidak habis disitu, ada warganet yang menyifatkan nyanyian di bahagian korus lagu tersebut juga seperti bunyi serigala.

Setakat ini, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dengan menerima lebih 20,000 tanda suka beserta pelbagai komen kecaman.

Salma Syahbuddin