Categories: HiburanTrending

“Will You Marry Me?” – Melamar Dalam Pawagam, Arieff Yong Bertunang Dengan Wanita Sepanyol

Pempengaruh dan penyampai radio Fly FM, Arieff Yong berkongsi bahawa sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis dari Sepanyol, Sylvia Good selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.

Menerusi hantarannya di Instagram, Arieff atau nama sebenarnya Arieff Efenddy Yong memaklumkan dia mengambil masa seminggu untuk merancang melamar kekasihnya itu.

“Saya sudah bertunang dengan cinta hati saya hari ini. Saya kena rahsiakannya selama seminggu kerana saya melamarnya dalam pawagam. Jadi, saya kena rancang segalanya.

“Untuk Sylvia Good, sejak pertama kali bertemu, saya tahu perjalanan dengan kamu takkan pernah tak luar biasa. Hari ini, selangkah lagi kita akan hidup bersama, cinta saya terhadap kamu terus mekar,” tulisnya.

Arieff juga melamar Sylvia dengan memberikan sebentuk cincin berlian yang direka khas untuk tunangnya itu.

Umum mengetahui, Arieff tidak menyembunyikan hubungan cintanya dengan kekasihnya itu di media sosial.

Mereka mula menjalin hubungan sejak April 2022 dan sering dilihat melakukan kandungan media sosial bersama.

Atiqah Johari