Categories: SelebritiTrending

Pertama Kali Berlakon Filem Seram, Elvina Mohamad Dedah Berdepan Gangguan – “Saya Ditindih Banyak Kali Ketika Tidur”

Pelakon Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya berdepan situasi di mana dia diganggu oleh entiti ketika menjalani penggambaran filem seram lakonan terbaharunya iaitu ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’.

Elvina juga mendedahkan dia ‘ditindih’ beberapa kali ketika sedang tidur sehingga tidak boleh bernafas dan nampak bayangan hitam.

“Sepanjang cerita tu, saya banyak kali kena tindih. Balik je tidur mesti kena walaupun tidur mengiring. Kena tindih yang tak boleh bernafas dan nampak macam bayangan hitam je.

“Jadi, waktu tidur kena pasang muzik ke biar bising baru boleh tidur. Dah la waktu tidur dah bertukar. Saya kena tindih tu waktu tengahari tau,” dedahnya.

Kongsinya lagi, filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ ini merupakan filem seram pertamanya dan mengakui dirinya seorang yang penakut namun menerima tawaran ini kerana jalan cerita yang menarik selain mencabar dirinya.

“Ini pertama kali saya terima untuk melakonkan cerita seram sebab saya seorang yang penakut. Jadi, sepanjang penggambaran memang jaga mulut.

“Apa salahnya cabar diri sendiri untuk terima dan gandingan pun dengan pelakon yang best seperti Zahiril Adzim. Bila baca skrip rasa macam menariknya dan apa salahnya kita terima tawaran ini,” katanya kepada XTRA.

Elvina ditemui di Malam Gala Tayangan Perdana Filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling pada 7 Februari lalu.

Untuk makluman, filem ini mula ditayangkan pada penonton di panggung wayang bermula 15 Februari ini.

Artikel Berkaitan: Angkat Adat Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa, Filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ Mula Tayang 15 Februari Ini!

Atiqah Johari