Wow! Aizat Kongsi Pentas Dengan PADI Reborn

Penyanyi Aizat Amdan yang meledak dengan single terbaru Sampai Ke Hari Tua (SKHT) bakal membuat kejutan di konsert Padi Reborn di KL Live.

Ini mungkin berita gembira buat peminat Aizat yang dah tak sabar menyaksikan persembahan di pentas berskala besar.

Lebih menarik, penyanyi berbakat ini bakal berduet dengan kumpulan legend ini pada 30 Jun depan.

Menurut Aizat, dia amat berbesar hati dan menganggap undangan ini sebagai sebuah penghargaan buat dirinya.

Walaubagaimanapun, Aizat dan penganjur masih merahsiakan lagu yang bakal dipersembahkan oleh mereka.

Aizat juga tidak keseorangan di Konsert Padi Reborn Exclusive Live In Kuala Lumpur. Turut bersama yang bakal membuat persembahan adalah pemain dram berbakat besar, Amira Syahira.

Khabarnya, Amira bakal bergabung dengan Yoyo Prasetyo yang terkenal sebagai antara pemain dram terbaik di Indonesia.

Berita baik lagi buat peminat Padi Reborn yang belum mendapatkan tiket konsert ini. Pihak penganjur sangat prihatin dengan musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen.

Bagi peminat, buytickets.com.my menawarkan harga promosi untuk para peminat Padi Reborn. 

Harga tiket platinum dijual pada harga RM169 manakala tiket Meet and Greet boleh didapati pada harga RM275. Manakala mereka yang membeli dua tiket platinum akan diberi harga promosi RM299 untuk sepasang tiket.

Para pelajar yang berminat untuk menonton konsert ini pula boleh menghubungi pihak Qew Communications Sdn Bhd di talian 013-4626891 (Sha) dan 012-9545434 (Iza) untuk mendapat tiket pelajar pada harga RM130 dibawah program tanggungjawap sosial korporat (CSR).

Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di laman Facebook Padi Reborn Exclusive in KL atau Facebook Qew Comm.

SGMS Faida

Recent Posts