Wow! Berat Badan Turun, Aishah Mampu Pakai Baju Kebaya 30 Tahun Lepas – “Impian Pakai Kebaya Raya Kalini Tercapai”

Penyanyi Datuk Aishah menjadi tumpuan warganet apabila memuat naik sebuah hantaran di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Aishah memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya menggayakan busana kebaya serba gelap.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah busana tersebut merupakan antara persalinan di majlis resepsi perkahwinannya pada 1993.

“Semalam I berkemas-kemas terjumpa sepasang baju lama. Seriously baju ni sebahagian dari wardrobe perkahwinan I pada tahun 1993.

“Baju full lace berusia 30 tahun yang seingat I dipakai di reception di Singapura. My Goodness I actually fitted the baju,” kongsi Aishah teruja.

Dalam pada itu, Aishah berkata impiannya untuk menyarung busana kebaya pada raya tahun ini tercapai.

“Impian untuk memakai kebaya untuk raya tahun ini tercapai (insya-allah). Sebahagian dari taktik I dalam my weight loss journey,”katanya.

Pelantun lagi Pulanglah ini juga memaklumkan dia turut mengalami penyusutan berat badan gara-gara jangkitan denggi.

“Selepas kena denggi haritu berat turun ke 58kg kemudian dia naik sikit ke 60kg semula. Selepas berpuasa 20 hari dia turun ke 57kg,” katanya.

Aishah luah rasa gembira turun berat badan

Untuk info, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.

Khairil Khusyairi