Aman Aziz Hadiahkan Peminat dengan ‘Ching Ching Raya’

Sempena musim raya yang akan menjelang tidak lama lagi, penyanyi yang sudah bertapak selama 9 tahun dalam industri hiburan tanah air, Aman Aziz, tampil dengan lagu raya iaitu ‘Ching Ching Raya’.

Aman mengakui bahawa bukan mudah untuk membawakan lagu raya kerana kebanyakan peminat lebih gemar memilih lagu raya oleh penyanyi lama yang sentiasa malar segar.

“Namun ia bukanlah satu penghalang untuk saya meriliskan lagu raya yang baru cuma konsepnya agak berlainan dari yang lain.

“Bagi Aman, lagu raya bukanlah untuk persaingan tapi ia merupakan platform untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya dan ianya satu keseronokan bagi sesiapa yang mendengarnya” katanya.

Aman juga membawakan kelainan dalam Ching Ching Raya dimana lagu ini berkonsepkan Pop tetapi telah disuntik dengan elemen dan bunyi Pop Thai.

Proses rakaman untuk lagu ini mengalami kekakangan masa namun bagi Aman ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan.

Aman juga perlu menukar gaya nyanyiannya kepada lebih gembira dan belajar beberapa dialek atau loghat.

“Aman harap para peminat muzik ditanah air dapat menerima akan lagu Ching Ching Raya ini dan dapat sokong dengan berkongsi lagu & muzik video ini bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain agar raya tahun ini kekal ceria dan gembira.Aman juga menerima apa saja kritikan dengan terbuka,” katanya lagi.

Ching Ching Raya ini telah dilancarkan pada 11 April 2023 dan peminat boleh dengarkan di saluran Youtube NSR Malay.

Izzi Farhana