Merayu Sampai Terjerit-Jerit, Aliff Syukri Kecewa Radio & TV Tak Mainkan Lagu Chu Ku Chuk Raya

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru sahaja mengeluarkan lagu raya baharu berjudul Chu Ku Chuk Raya pada minggu lalu.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Aliff meluahkan rasa kecewa kerana lagu raya baharu nyanyiannya itu tidak mendapat perhatian radio tempatan dan televisyen.

“Tolong ya radio-radio dan TV semua, cepat pasang aku punya lagu. Aku dah penat dah ni menyanyi ni, suara pun sedap.

“Tapi kenapa radio dengan TV tak pasang lagu aku? Tolonglah aku merayu,” katanya dalam nada menjerit.

Aliff juga berharap pihak TV dan radio untuk berlaku adil kepada semua penyanyi termasuknya.

“Saya nak mewajibkan semua TV dan radio memutarkan lagu raya #chukuchuraya, apa kurangnya saya sebagai penyanyi? Please kena adil kat semua penyanyi.

“Lagu saya dah trending di YouTube, so apa yang ingin dinafikan saya artis no 1. Nak tengok full lagu saya pergi je YouTube,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, rata-rata warganet berharap pihak berkenaan tidak termakan dengan permintaan usahawan tersebut kerana bimbang akan merosakkan ‘mood’ perayaan mereka.

“Saya merayu pihak radio dan TV jangan main lagu raya Datuk Aliff, habis mood raya aku woii.

“Aku berharap hacker-hacker Malaysia hack account semua media sosial dia ni. Demi menjaga emosi-emosi rakyat Malaysia,” ujar netizen.

Nurul Hana