Wow! Daiyan Trisha Keluar Duit Sendiri Buat Album Inggeris

Penyanyi Daiyan Trisha sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi album Inggeris yang bakal berada di pasaran tahun depan.

Daiyan Trisha yang pernah muncul dengan single Inggeris berharap album penuh kali ini dapat memberi kepuasan kepada seluruh pendengar.

“ Album ini bakal memuatkan lapan buah lagu Inggeris. Saya menghasilkan beberapa buah lagu sendiri dan turut mendapatkan khidmat komposer lain juga.

“ Saya berharap album penuh Inggeris ini akan membantu saya bertapak lebih kukuh.

” Sebenarnya, saya mengimpikan untuk mempunyai album sendiri sudah lama kerana ia memberikan lebih kepuasan, berbanding menghasilkan single,” katanya.

Penyanyi berusia 25 tahun ini juga memaklumkan tidak akan melakukan sebarang gimik pelancaran single seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Serik katanya…

SGMS Faida