Hebat! Elfira Loy Bawa Rakan Pengapit Terbang Ke Tianjin

Sejak selamat melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dilaporkan terbang ke Tianjin, China bersama tunang tersayang, Faris Khairol Anuar.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, pelakon berusia 24 tahun ini bukan hanya terbang berdua malah turut membawa bersama rakan pengapitnya (bridesmaid) dan ‘dulang boy’ suaminya ke sana.

“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !” tulisnya.

Rata-rata pengikut di Instagram memuji pasangan ini yang dilihat cukup‘sweet’ dan tidak sabar melihat Elfira berkahwin.

Elfira dan Faris dijangka bernikah pada pada 1 Januari 2019.

SGMS Faida