Faizal Tahir Cipta Lagu Baru Untuk Siapa Di Mentor Millenia?

Tinggal berapa hari je lagi, konsert akhir Mentor Milenia 2019 bakal berlangsung.

Protege Hazama, Apex Tajudin, menepati ramalan ramai apabila diumumkan sebagai antara empat finalis yang akan bersaing pada kemuncak Ahad nanti.

Turut mengiringi langkah ialah protege Ernie Zakri, Daus Husny, selain Aedy Kama (Black) dan Rika Riana (Stacy).

Mungkin ramai di antara pengikut program ini sudah membayangkan lagu apa yang bakal dipersembahkan di pentas akhir nanti.

Menjengah ke laman Twitter milik komposer dan penyanyi Faizal Tahir, dia telah memuatnaik potongan lagu yang bakal diberikan kepada salah seorang finalis. 

Terbuai mendengar melodi lagu terbaharu ciptaan Faizal ni, kan?

Rata-rata pendengar menjangkakan lagu ini sesuai dan bakal dinyanyikan oleh Apex Tajudin. 

Korang pula rasa siapa yang layak membawakan lagu ini sekaligus bergelar juara Mentor Milenia tahun ini?

Juara Mentor Milenia 2019 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Pemenang juga berpeluang menghasilkan single bersama komposer terkenal, selain merakamkan video muzik yang bakal menjadi runut bunyi drama siaran TV3.

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia Akhir pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

SGMS Faida