Wow! Kumpulan K-Pop KARD Makin Letup!

Annyeonghaseyo!

Walaupun nama mereka sedikit lambat dikenali di Malaysia seperti BTS atau Super Junior, namun KARD juga sebenarnya amat popular di Korea Selatan. 

Kumpulan ini pernah mengeluarkan dua single dan pernah tersenarai dalam carta lagu popular di Billboards. Apa yang membezakan kumpulan ini dengan kumpulan Kpop yang lain ialah, ahli kumpulan KARD  terdiri daripada dua orang wanita, dan dua orang lagi anggota lelaki. 

Antara salah-satu keistimewaan kumpulan Kpop ini yang juga, mereka turut dikenali sebagai kumpulan Co ed kerana menggabungkan wanita dan lelaki dalam satu kumpulan.

Ditubuhkan selama dua tahun, KARD merupakan antara kumpulan Kpop yang paling berjaya bukan sahaja disebabkan oleh lagu yang terdapat dalam album mereka tetapi, mereka antara kumpulan campuran lelaki dan wanita yang paling berjaya di Korea Selatan. Lagu-lagu KARD juga banyak diputarkan di dancehall seperti Oh Na Na! dan Don’t Recall

Selain itu, album Hola Hola yang telah dikeluarkan pada tahun 2017 merupakan antara album yang paling berjaya kerana mampu berada di tangga ke-3 dunia dalam carta Billboards dan mereka juga telah menjalankan siri jelajah mereka di seluruh Amerika Syarikat. Wow!

Dianggotai oleh, BM, J.Seph, Jeon So-Min, dan Jeon Ji-Woo, KARD akhirnya antara artis Kpop yang sering disebut-sebut oleh peminat di Malaysia selepas membuat persembahan pada Konsert Lazada 11.11 yang lalu.

Salma Syahbuddin