Categories: HiburanSelebriti

Wow…Melly Goeslaw Jadi Tokey ‘Ole-Ole’ Pula!

Komposer dan penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw kini memulakan perniagaan baharu di Pulau Bali.

Perniagaan menjual barangan ole-ole dengan kerjasama dengan suami, Anto Hoed serta rakan perniagaan, Sally Giovanny itu telah mula beroperasi sejak hujung Mei 2019.

Pemilik nama Meliana Cessy Goeslaw itu memaklumkan kedai ole-olenya itu diberi nama ‘The Keranjang’

“Rancangan awal untuk memulakan bisnes kecil sahaja di sini tetapi mendapat kerjasama ramai pelabur, ibu Sally pula adalah pelabur terbesar dalam The Keranjang. 

“Semoga perniagaan The Keranjang maju dan mendapat sambutan dari orang ramai.

“Dengan pelaburan ini juga mungkin dapat menjadi wang simpanan buat anak-anak kami, Ale dan Abe,” katanya.

Meski bertindak sebagai pelabur, Melly juga pastikan dia dan suami akan melawat Bali sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

“Bukan hanya melabur duit, kami juga akan tetap turun padang,” katanya semangat.

The Keranjang, Bali juga menempatkan pusat kebudayaan, pendidikan dan hiburan untuk pengunjung di kepulauan itu. 

“Harga mampu milik untuk semua orang yang datang. Sambil melawat, pengunjung juga boleh belajar tentang budaya di Indonesia terutama penduduk di Bali. 

“Boleh makan dan minum kopi juga di sini,” ujarnya.- Tribun Seleb. 

SGMS Faida