Wow! Nama Cowell Kini Di Hollywood Walk Of Fame

Antara ayat tajam yang sering digunakan, “ Saya tak bermaksud untuk biadab tetapi…”

Siapa yang tak kenal dengan juri tetap program realiti American Idol musim pertama, Simon Cowel! Baru-baru ini, beliau mencipta sejarah peribadi apabila dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame.

Terkenal dengan sikap berterus terang sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati penonton program itu, Cowell menganggap penglibatannya dalam beberapa program realiti terkenal, produser rekod dan pencipta francais ‘The X Factor’, ‘America’s Got Talent’ dan ‘Britain’s Got Talent.’ sebagai tempoh menakjubkan.

“ 18 tahun yang menakjubkan. Jika sesiapa mengatakan kemasyhuran adalah perkara tidak baik, saya tidak tahu apa yang anda perkatakan. Ia adalah perkara terbaik di dunia,” katanya.

Lelaki berusia 58 tahun ini melancarkan ‘The X Factor’ di Britain dan Amerika Syarikat (AS) serta versi ‘Got Talent’ di kedua-dua negara selain mengikat kontrak dengan pemuzik lelaki One Direction dan wanita, Fifth Harmony menerusi syarikat rekod miliknya, Syco.

Bagi Kelly Clarkson yang merupakan pemenang American Idol 2002, Cowell memiliki bakat luar biasa dengan kebolehan mengesan individu dengan bakat asli dan mentah serta mengasahnya.

“ Beliau menghargai jika anda menjadi diri sendiri dan itu sesuatu yang amat jarang. Dalam industri ini saya fikir, orang mahu anda menyesuaikan diri dengan keadaan,” katanya.

SGMS Faida