Categories: FeaturedParenting

Lima Cara Membersihkan Kerak Kepala Bayi, Selamat Dan Tidak Menyakitkan!

Bayi yang baru lahir, biasanya akan mengalami masalah ini iaitu kerak kepala atau dikenali sebagai ‘cradle cap’.

Kerak ini kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering dan kelemumur. Bersifat sementara dan beransur hilang dengan sendiri namun adalah lebih jika ia dibersihkan untuk memastikan bayi anda sentiasa dalam keadaan bersih.

Bagaimana cara membersihkannya tanpa menyakitkan bayi anda memandang kepala mereka masih lembut, ikuti lima tip ini.

Foto: nakita id

1. Anda boleh gunakan produk khas untuk mengatasi dan mencegah masalah kerak kepala bayi.

2. Sapukan minyak bayi pada kulit kepala yang berkerak. Urut perlahan dan biarkan semalaman agar kerak menjadi lembut dan mudah dibersihkan. Digalakkan untuk dilakukan ketika bayi sedang tidur.

3. Gunakan sikat khas yang halus untuk menyikat rambut bayi sambil mengeluarkan kerak kepala yang menggelupas. Lakukan secara perlahan dan berhati-hati.

4. Gunakan syampu yang dibuat khas untuk bayi ketika mencuci rambut dan kulit kepala bayi. Bilas sehingga bersih dengan menggunakan air suam.

5. Ulang langkah di atas jika kerak kepala masih ada. Elakkan daripada menggunakan jari tangan untuk mengopek kerak kepala yang kering kerana ia boleh melukakan bayi serta menimbulkan risiko jangkitan pada mereka.

Sumber: Wikihow

Yanie Baharom