Wow! Neelofa Tampil Dalam Versi AI, Peminat Terubat Rindu Lihat Wajah Penuh – “Tak Boleh Lawan Muka Original”

Selebriti popular tanah air, Noor Neelofa mencuri tumpuan warga maya di media sosial, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Noor Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor itu memuat naik sebuah foto dirinya.

Apa yang menarik perhatian adalah, perkongsian bekas pengacara Nona TV3 itu memaparkan foto dirinya dalam versi teknologi AI (Artificial Intellegence).

Lebih mengujakan, foto tersebut memaparkan wajah penuh Neelofa.

“Say Hi to NeelofAi!,” tulis Neelofa di ruangan kapsyen.

Difahamkan, teknologi AI tersebut digunakan bagi tujuan koleksi terbaharu produk jenama perniagaanya sendiri iaitu Naelofar.

Ternyata perkongsian Neelofa itu mencuri tumpuan peminatnya apabila rata-rata meluahkan rasa teruja dengan kehadiran teknologi AI tersebut.

Untuk info, teknologi AI sudah tidak asing lagi bagi masyarakat kerana sudah lama diguna pakai dalam memudahkan urusan seharian seperti enjin carian (Google dan Yahoo), navigasi , permainan video serta platform e-dagang (Shopee dan Lazada).

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan mengatakan ia sangat cantik sekaligus mengubat rindu peminat yang ingin melihat wajah penuh Neelofa.

Namun ada juga yang menyifatkan wajah asli Neelofa jauh lebih cantik dari teknologi AI tersebut.

Khairil Khusyairi