Stadium Malawati RIUH Dengan Kemunculan Charlie Puth

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu One Call Away, Charlie Puth menghiburkan lebih 5000 penonton di Stadium Malawati, malam tadi.

Mendendangkan lebih 15 buah lagu, Puth mempamerkan keterujaanya apabila pertama kali berada di Malaysia.

“Saya sangat berbesar hati bertandang pertama kali ke sini dan membuat persembahan untuk kamu semua malam ini. Saya harap kamu akan menikmatinya dan terhibur.

“ Seronoknya dapat bertemu kamu secara langsung hari ini,” katanya.

Bukan itu sahaja, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu sempat menunjukkan kehebatannya bermain piano menerusi beberapa lagu termasuk Suffer.

SepanCharlie mempersembahkan lagu The Way I Am, Slow It Down, How Long, Empty Cups, LA Girls, Marvin Gaye, Patient, Change dan We Don’t Talk Anymore dan persembahan ditutup dengan lagu See You Again.

Esok, Charlie Puth dijadualkan membuat konsert di Indonesian Convention Exhibition di Jakarta esok malam. 

 

SGMS Faida