Wow…Tiket Konsert Hujan X Kugiran Masdo Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Peminat kumpulan Hujan dan Kugiran Masdo, ayuh siap sedia ke MAEPS Serdang pada 6 Oktober depan!

Ini kerana, dua kumpulan ini bakal bergabung di sebuah pentas sama dalam konsert berskala besar. 

Menariknya, ini merupakan kolaborasi pertama mereka di mana konsep ‘battle of the bands’ akan dipersembahkan di pentas itu nanti.

Bukan itu saja, Hujan dan Kugiran Masdo bakal menyelitkan segmen tribute khas khusus buat pergerakan kumpulan-kumpulan Indie tempatan.

Korang pasti rindu kan nak dengar Hujan nyanyikan lagu ni? 

Konsert Hujan X Masdo ini bakal dibawakan oleh CST Productions. Umum sudah tahu, syarikat produksi ini cukup dikenali di kalangan penggiat seni di mana mereka pakar dalam menghasilkan video untuk hiburan, rancangan TV, muzik video dan pelbagai viral video.

Difahamkan setakat ini, 1000 keping tiket sudah habis dijual. Untuk anda yang belum bepeluang mendapatkan tiket, sila lakukan dalam kadar segera. Pihak penganjur juga akan cuba menambah kapasiti ruangan namun bergantung kepada permintaan tiket. Jangan terlepas, guys

Yang pasti, tiket untuk ‘meet & greet’ yang dijual pada harga RM 200 sekeping sudah habis dijual. Laku macam goreng pisang panas beb!

Untuk pembelian tiket, layari ilassotickets.com atau hubungi talian 03- 217 0633 / 010- 383 7552.

Rock Zone: RM 150 + hadiah percuma

Zone 1: RM 100 + Beg Percuma

Zone 2: RM 50 + Wristband Percuma

SGMS Faida