“Yang Tengah Mengandung Pun Nak Kutuk-Kutuk” – Raja Ilya Hairan Muka Tak Make Up Dikecam Seperti Muka Awam?

Pelakon Raja Ilya hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka mengecam wajah seseorang tanpa mengenakan solekan.

Menerusi hantarannya di Instastory, wajah tanpa solekan dikatakan seperti wajah pembantu rumah dan muka kebanyakkan orang.

Malah, kecaman diterima juga daripada golongan-golongan wanita yang sedang hamil.

“Kenapa la ramai sangat nak kecam muka tak make up? Kata macam ‘orang awam’ lah, bibik lah.

“Yang tengah mengandung pun nak kutuk-kutuk juga,” ujarnya.

Menurut Ilya, dirinya bukan sebuah robot dimana sentiasa kelihatan cantik sepanjang masa.

Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berpesan untuk menjaga kata-kata dan bercakap perkara yang baik.

“Ingat kan kita ni AI robot 24 jam meletop auto make up?!

“Dah tu je Allah bagi, nak buat macam mana dik oi.

“Apa kata jaga lisan, bikin hidup lagi positive,” katanya.

Maya Basir