Categories: HiburanSelebriti

Yazmin Aziz Kagumi Usaha Keras Aisha Retno – “She Deserved It!”

Penyanyi Yazmin Aziz mengakui dia kagum dengan pencapaian rakan seperjuangannya, Aisha Retno yang berjaya menempa tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38), Ahad lalu.

Menurut Yazmin, Aisha sememangnya layak memegang anugerah di malam berprestij itu selepas bertungkus lumus untuk menghasilkan persembahan yang terbaik.

“Bagi saya, saya sangat happy untuk dia. Saya nampak dia bekerja keras. Saya rasa, she deserved it because she is really performs well.

“Setiap kali saya nampak dia berlatih, dia memang seorang yang sangat fokus. Dia memang cuba buat yang terbaik dalam semua perkara.

“Dan, dia memang seorang yang kreatif dari segi persembahan dan vokal. Saya memang harapkan yang terbaik untuk dia,” katanya ketika ditemui XTRA di AJL38, Ahad lalu.

Umum tahu, bakat Yazmin dan Aisha mula menyerlah setelah menyertai program realiti sebuah stesen televisyen berbayar.

Terdahulu, Aisha telah memenangi gelaran Naib Juara AJL38 dan Anugerah Persembahan Terbaik selepas mempertaruhkan lagu Sutera.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL38: Alami ‘Panic Attack’ Usai Keputusan Diumumkan, Aisha Retno Syukur Rangkul Gelaran Naib Juara & Persembahan Terbaik

 

Fatin Nurain