Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Penyanyi Police Entry ini mengakui dirinya mudah bosan bila bercinta dan itu menjadi penyebab utama hubungan cinta beliau sebelum ini tidak bertahan lama.

Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy mengakui sikapnya yang suka menyendiri dan gemar meluangkan masa dengan tidur dan berada di dalam bilik juga menjadikan dirinya seorang yang membosankan. 

” Saya rasa diri ini membosankan, apatah lagi saya kurang bercakap dan tidak pandai bergaul hingga ada yang menganggap saya pelik. Dan, mungkin sebab itulah saya susah kekal lama dalam hubungan cinta” Katanya yang bakal tampil dengan single kelima beliau berjudul Semua Sudah tidak lama lagi.

Sumber : Instagram @elizabethtsm

Mengakui turut selesa bergiat aktif dalam bidang lakonan juga antara penyebab beliau cepat bosan dalam menjalinkan apa-apa hubungan kerana pembabitan beliau dalam karier nyanyian dan lakonan secara serentak menyebabkan beliau tidak mampu untuk memberi sebarang komitmen buat masa ini.

Tambahnya lagi, kehadiran Athirah iaitu pembantu peribadi beliau banyak mengubah hidupnya yang sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk lari daripada rumah. 

” Jika dia tiadamungkin saya akan kembali menyendiri seperti dulu. Dan semasa saya lari dari rumah dahulu saya juga banyak bergantung kepada Athirah dan sekiranya Athirah takde, saya mungkin sudah berhenti dalam industri nyanyian mahupun lakonan” Jelasnya.

Salma Syahbuddin