Zahiril Adzim Sanggup Berhenti Berlakon Demi…?

Memperlahankan karier lakonan, pelakon Zahiril Adzim mengaku memilih eSports untuk dijadikan pilihan karier utama.

Zahiril ketika ditemui di majlis tayangan filem KRON memberitahu dia mula serius dalam bidang eSports sejak mula diberi tunjuk ajar oleh seorang rakan.

“Ramai yang belum tahu dunia gaming (permainan video) ini sebenarnya mampu menjana pendapatan yang lebat.

“Saya mula aktif dalam dunia gaming streaming dalam eSports sejak awal tahun lalu dan tidak menganggap sukan ini sebagai aktiviti yang membuang masa.

“Malah saya mampu bertahan dengan pendapatan yang ada. Dalam dunia eSports, anda juga harus rajin kerana jika rajin, memang boleh jana pendapatan tinggi,” katanya ketika ditemui Xtra.

Walaupun melalui suasana dan cabaran baharu, suami kepada pelakon Sheira Ayob ini mengeluarkan belanja sebanyak RM20,000 untuk modal permulaan.

“Pada awalnya, isteri tanya adakah saya akan berhenti berlakon selamanya untuk fokus dalam eSports.

“Saya beritahu Sheira, tidak mungkin saya meninggalkan karier lakonan. Cuma buat masa ini fokus saya pada eSports. Jika mendapat skrip yang baik, sudah tentu saya akan menerima dan sedia ke lokasi penggambaran,” ujarnya.

Tambah Zahiril, dia berharap agar lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam eSports bagi memastikan ia terus berkembang.

Untuk rekod, sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-Sports menjadi tarikan terbaharu sempena sambutan edisi ketiga Hari Sukan Negara (HSN) 2018.

Antara permainan e-Sports yang mempunyai ramai pemain di Malaysia adalah seperti Dota2, CSGO, FIFA Online3, Mobile Legend, Arena of Valor, PES dan FIFA19.

SGMS Fas