Zaki Azeman Dan Isteri Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Zaki Azeman tampil mengumumkan dia bersama isterinya, Siti Nur Shahira bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Raa Suzuran menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, berita gembira itu turut diraihkan oleh ahli keluarga dan beberapa rakan artis ketika di sebuah majlis Gender Reveal, baru-baru ini.

“Alhamdulillah ❤️ sape teka betul ?!,”

@raasuzurannAlhamdulillah ❤️ sape teka betul ?! 😂

♬ original sound – raasuzuran

Terdahulu, Zaki dan Raa memaklumkan mereka bakal menerima kedatangan cahaya mata pertama mereka selepas beberapa bulan merahsiakan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku” – Zaki Azeman & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka.

Fatin Nurain