Organ Rosak & Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy Ditidurkan Akibat Kemalangan

Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam yang merupakan abang kepada penyanyi Stacy dikhabarkan terbabit dalam sebuah kemalangan pada Rabu lalu.

Memetik laporan mStar, Chaq mengalami pendarahan dalam kepala dan ditidurkan.

Kata pengurus Stacy iaitu Afeeq, Chaq kini dirawat di Hospital Sibu, Sarawak dan telah selamat menjalani pembedahan pada Sabtu.

Namun begitu, akibat kemalangan tersebut beberapa organ dalaman Chaq dilaporkan mengalami gangguan dan keadaannya merisaukan.

“Chaq ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih ada pendarahan.

“Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka. Tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan,” kata Afeeq.

Sehubungan itu, menerusi hantaran Instagram Stories (IGS) Stacy, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat abangnya itu.

Sumber: mStar

Atiqah Johari