Zaki Yamani Ikut Trend TikTok Kongsi Perbualan Dengan Bapa, Netizen Luah Rasa Terharu – “Tak Sangka Jamal Abdillah Macam Ni Dengan Anak-Anak, Limited!”

Penyanyi, Zaki Yamani menyentuh hati ramai apabila mengikut trend TikTok berkongsi perbualan WhatsApp bersama bapanya, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah.

Menerusi hantaran di TikTok miliknya, Zaki memuat naik beberapa keping tangkapan skrin sehingga telah meraih perhatian ramai yang tersentuh membaca perbualan anak-beranak itu.

Selebriti Janna Nick juga tersentuh membaca perbualan Zaki dan bapanya.

“I’m crying,” tulis Janna.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai dalam kalangan netizen memuji sikap keprihatinan dan teruja melihat cara Jamal menghantar WhatsApp kepada Zaki.

Netizen berkata tidak semua bapa-bapa suka menulis panjang kepada anak-anak.

Dalam perkongsian tersebut, netizen memuji Jamal yang menunaikan janji kepada anaknya apabila Zaki meminta sesuatu daripadanya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 873,000 tontonan, 59,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Artikel Berkaitan: Beri Kenyataan Biadap Sehingga Dikesali PM, Zaki Yamani Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: Tak Ada Beza Langsung Dengan Jamal Abdillah, Zaki Yamani Risau Suara Akan ‘Pecah’ – “Memang Best Kalau Dapat Suara Ayah Tapi…”

Kredit: TikTok Zaki Yamani

Aqilah Paharuzi