Categories: HiburanTrending

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Akibat kemiskinan dan kehidupan yang serba daif sewaktu kecil, penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin mendedahkan dirinya tidak dibesarkan oleh ibu bapanya sendiri sebaliknya diserahkan kepada datuk dan neneknya.

Menurutnya, Zainal menempuhi pengalaman pahit dalam hidupnya kerana tidak dapat merasai momen terindah dibesarkan oleh ibu bapa sendiri di depan mata sebagaimana dilalui oleh orang lain.

Memetik laporan Kosmo, kepayahan dan penderitaan lebih terasa selepas kematian datuk dan neneknya ketika dia berusia lapan tahun.

“Saya dijaga oleh datuk dan nenek sejak bayi sehingga mereka meninggal dunia sewaktu saya berusia lapan tahun.

“Selepas itu saya berpindah dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain.

“Saya jadi seorang kanak-kanak yang terkesan dari segi mental dan fizikal,” katanya.

Akui terpaksa berdikari dalam melakukan semua perkara, mahu atau tidak, Zainal perlu menggagahkan dirinya untuk mengerah keringat di usia muda untuk mencari sesuap nasi.

Justeru, pelantun lagu Hijau itu melakukan pelbagai pekerjaan untuk mendapatkan wang.

“Kehidupan saya sangat sukar ketika itu. Saya bekerja di jalanan dengan menjual ais kacang dan adakalanya bermain muzik dengan menggunakan kotak dan bangku sebab saya tiada duit.

“Saya minat dalam bidang muzik kerana datuk dan nenek saya adalah seorang pemuzik dan penyanyi ketika saya membesar dengan mereka.

“Pernah juga saya bekerja sebagai buruh binaan dan menjadi tukang basuh pinggan untuk meneruskan kehidupan ketika itu,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Syamir Shafie