“Zaman Sekarang Suami Orang Laku!” – Che Ta Titip Pesanan, Perempuan Jangan Galak ‘Expose’ Suami Di Media Sosial

Sejak kebelakangan ini isu suami berkahwin dua dan wujudnya penyondol dalam rumah tangga semakin rancak dibincangkan sekaligus membuatkan pelakon popular, Rozita Che Wan tampil memberikan pesanan.

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta, lelaki berstatus sudah berkahwin lebih mendapat perhatian dan lebih laris jika dibandingkan dengan lelaki yang berstatus bujang ataupun duda.

Justeru, dia mengingatkan agar golongan wanita terutamanya isteri tidak kerap mendedahkan atau mempamerkan suami mereka di media sosial.

“Zaman sekarang duda dan bujang tak laku. Suami orang laku. Laki kita pula elok, jadi kita simpan tayang muka kita sahaja kat media sosial.

“Zaman sekarang jangan tayang suami dekat orang, nanti ramai berkenan,” katanya.

Che Ta berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya ketika dia dan Zain Saidin sedang berada di dalam kereta.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Che Ta sehinggakan ada yang berseloroh mahu menyimpan suami mereka di dalam kabinet.

“Che Ta tunjuk sipi-sipi je pun dah bahaya.

“Kami tak nak rampas laki Che Ta, tapi nak rampas bulu mata Che Ta boleh?

“Betul! Simpan dalam poket.

“Betul tu Che Ta oii, pakat simpan laki dalam kabinet.

“Betul Che Ta, kami pun sama tayang gambar je kat sosial media tu.

“Kadang peli, suami orang laku, janda pun laku.

“Laki pula helok macam mana kan?,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telahpun meraih lebih 42,000 tontonan sejak ia dimuat naik.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan mereka dikurnikan dengan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 9.

 

Salma Syahbuddin