Categories: HiburanTrending

Kongsi Resepi Masak Sambal Sotong Kegemaran Suami, Individu Perlekeh Masakan Ira Kazar?

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi resepi masakan sambal sotong yang disediakan untuk suaminya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menjawab beberapa soalan daripada pengikut yang bertanyakan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.

Namun, ada juga yang memperlekehkan masakannya yang dikatakan mudah untuk dimasak.

“Benda senang orang semua tahu dah. Cuba bagi resepi yang susah-susah sikit lauk raya rendang ke kurma ke,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Ira membalas dengan mengatakan masih ramai yang tidak pandai dalam soal memasak termasuk dirinya.

“Ramai je masih sesengal ubi pasal masakan ni kak. Sama macam saya. Banyak benda lagi perlu belajar. Kita sangka baik je kay,” balasnya.

Terdahulu, Ira memuat naik gambar sambal sotong kegemaran suaminya yang sudah siap dimasak.

“Sambal sotong favourite suamiku,” ujarnya di kapsyen dan kemudian berkongsi resepi masakan itu.

Maya Basir