Selepas menyertai misi kemanusiaan di Palu Sulawesi Tengah pada pertengahan Januari lalu, pelakon Zara Zya meluahkan hasrat mahu menyertai misi serupa lagi.

Kata Zara ketika ditemui XTRA, keberadaannya selama lima hari di sana banyak memberi pengalaman luar biasa.

“ Saya memang terlebih excited bila mendapat tahu dapat sertai misi kemanusiaan ke Palu. Bukan apa, ramai orang ingat saya tidak mampu untuk melakukannya. Di Instagram pula, orang gelarkan saya ‘Inchess’, mungkin mereka ingat kategori ‘lembik’ agaknya,” katanya dalam nada bergurau.

Pelakon berusia 34 tahun itu berkongsi pengalaman apabila berjaya menyediakan hidangan untuk 60 orang ketika di sana.

“ Saya, Fafau dan Jihan membahagikan tugas masing-masing. Fafau ditugaskan untuk bantuan dari segi kesihatan mengedarkan ubat-ubatan, Jihan pula ditugaskan dalam bahagian trauma healing manakala saya pula bertindak sebagai ketua chef.

“ Seronok dapat sediakan lauk-pauk untuk mangsa-mangsa terselamat. Saya berharap agar ini bukan penyertaan terakhir kami dalam aktiviti begini. Insha Allah, jika diizinkanNya, saya mahu lagi menyertai di program akan datang,” akhirinya.

Selain Zara, rombongan bantuan kemanusiaan anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Humanity for the People Hero, Malaysia Outreach Volunteer Experience (Move), Volunteering Trip Malaysia (VTM) dan Restoran Olive by Ash-Sham itu turut disertai Fara Fauzana, Jihan Muse serta tujuh sukarelawan.

SGMS Faida