Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie, 35, dikatakan mempunyai hubungan percintaan bersama aktor dan usahawan, Zoey Rahman, 37, selepas tular hubungan mesra mereka bersama. 

Bagaimanapun, difahamkan hubungan mereka terhenti di tengah jalan dan tidak berkekalan selepas mereka sudah jarang berkongsi momen bersama di media sosial. 

Terbaharu, menerusi sebuah video di TikTok, Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju berkongsi sebuah video memaparkan dirinya bersama seorang lelaki, dipercayai kekasihnya, Datuk Sri Khazrul. 

“Missing you everyday my love. So lucky to have you and of course our kids #Gabrielmartin #Juliasharapova,” tulisnya di ruang kapsyen. 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu yang bertanya kepada Anju berhubung kisah percintaannya yang tidak kesampaian bersama Zoey. 

Menurut Anju, mereka berdua telah lama berpisah. 

“Zoey apa cerita? Sentap ke tidak
 Anju, bukan kaleng kaleng,” tulis individu berkenaan. 

“Dah lama dah putus
 Ye la dulu kita gemuk siapa nak,” jawab Anju.

Sementara itu, ramai yang turut mendoakan agar Anju akan berkekalan dengan kekasihnya ini. 

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1.1 juta tontonan, 25,000 tanda suka dan 854 komen. 

Aqilah Paharuzi