“Saya Tak Tentukan Hukum” – Dr Amalina Bakri Tampil Beri Respons Isu Haram Sunat Bayi Perempuan

Tular isu bayi wanita haram disunat, doktor pakar bedah, Dr. Amalina Bakri tampil memberitahu perkara tersebut merupakan peraturan di negara United Kingdom.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, berkhatan bagi bayi perempuan atau dikenali sebagai Female Genital Mutilation/Cutting (FGM/C) adalah haram dilakukan di negara itu.

“Khatan bayi perempuan dikategorikan sebagai FGM/FGC di UK. Sesetengah rakyat Malaysia yang suka kecam boleh baca sendiri apa Imam dan Muslim British Council di UK katakan, saya tak tentukan hukum, saya jawab soalan orang yang bertanya, terima kasih,” katanya.

Menurutnya, setiap negara mempunya fatwa masing-masing mengenai berkhatan bagi bayi perempuan.

“Ada pelbagai pendapat berkenaan khatan ikut fatwa dan negara masing-masing. Kalau anda tidak puas hati, boleh tanya sendiri kepada Imam di UK.

“Kalau ragu-ragu Ikutlah pendapat mufti di tempat anda sendiri. Tak perlu kecam orang Islam di negara lain,” ujarnya.

Susulan perkara itu, pengikutnya dari pelbagai negara seperti Saudi Arabia, Turki, India dan Australia tampil berkongsi tentang peraturan di tempat mereka yang tidak membenarkan untuk khatankan bayi perempuan mereka.

Malah, individu daripada Malaysia turut berkongsi bahawa dia tidak mengkhatankan anaknya kerana diberitahu ia tidak wajib dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram Sunat Bayi Perempuan Di UK’ – Dr Amalina Che Bakri

Maya Basir