‘Zarul Ni Tipikal Husband Material Sangat’- Netizen Mengaku Melting Dengan Watak Utama Drama Seadanya Aku

Masih ingatkah korang dengan gandingan serasi Zara Zya dan Azlee Khairi suatu ketika dahulu dalam drama Love You Mr Arrogant?Pasangan serasi itu sekali lagi digandingkan dalam drama slot Akasia ‘Seadanya Aku’ yang kini sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 jam 7 malam, bermula hari Isnin hingga Jumaat. 

Netizen melting dengan watak Zarul lakonan Azlee Khairi

Jika sebelum ini, beberapa drama yang ditayangkan di slot Akasia seringkali dipertikai oleh para penonton namun ternyata plot dan watak utama yang menjayakan drama Seadanya Aku ini berjaya menambat hati para penonton. Mana tidaknya, lakonan utama Azlee Khairi sebagai Zarul berjaya membuatkan penonton terpaut hati. 

Rata-rata netizen di laman Twitter memuji watak Zarul yang dianggap sangat ‘sweet’

 Buat korang yang belum menonton drama Seadanya Aku, drama ini mengisahkan kehidupan seorang gadis iaitu Aufiya yang ditinggalkan oleh tunangnya, Taufiq sewaktu hari pernikahannya, muncul pula Zarul yang merupakan tunang kawan baiknya sendiri, Wina. 

Zarul nekad untuk berkahwin dengan Aufiya demi menyelamatkan maruah gadis itu, namun bagaimana pula dengan persahabatan antara Aufiya dan Wina? Drama ini turut dibintangi oleh Zara Zya, Elvina Mohamad, Redza Rosli dan ramai lagi.  Jangan lupa tonton drama Seadanya Aku di Slot Akasia di TV3, korang juga boleh layari Youtube TV3 Official kat bawah ni!

Suka betul netizen dengan watak Zarul, kami pun shipped Zarul dan Aufiya!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”