Ziana Zain Akhirnya Kecapi Bahagia Sekali Lagi?

Penyanyi Ziana Zain dilihat masih menjaga aib seorang suami, kerana sehingga kini Ziana nampaknya masih tidak mahu menjelaskan apakah sebenarnya punca disebalik masalah yang timbul dalam rumahtangga beliau yang sudah berusia 19 tahun itu.

Bagi Ziana Zain, apa yang harus dilakukan adalah menjaga nama dan aib kedua belah pihak kerana mereka merupakan keluarga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia. Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tak baik kalau saya buka pekung sendiri. Firman Allah dalam Al-Quran, Kun Fa Ya Kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya. Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya.” Katanya.

Menurut Ziana Zain, masalah yang timbul dalam rumahtangga beliau juga tidak ada kena mengena sama sekali terhadap pembabitan orang ketiga. 

Ziana Zain dan Armin Zaharin Ahmad Zambri telah berkahwin pada tahun 1998 dan hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar,14, serta pasangan kembar iaitu Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Salma Syahbuddin