Ziana Zain Janjikan Konsert Penuh Emosi

Penyanyi popular, Ziana Zain menjanjikan persembahan penuh emosi istimewa untuk peminat di Ziana Zain Konsert 2024.

Bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, dia memenuhi permintaan penggemar yang mahukan sebuah persembahan yang sarat dengan rasa.

“Orang Melayu kita, peminat saya mahukan sesuatu yang menyentuh hati. Lagu-lagu saya pula berkisar mengenai rasa, cinta dan emosi.

“Jadi, malam persembahan itu akan saya jelmakan dengan penuh emosi. Saya berharap agar konsert malam itu bakal berjalan lancar, Insya-Allah,” katanya.

Konsert ini merupakan konsert solo Ziana dalam tempoh 22 tahun, selepas kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Ziana Zain In The Park di PWTC (kini World Trade Centre) Kuala Lumpur pada 2001.

Dibawakan oleh CSA Academy, konsert ini menampilkan Pengarah Muzik Aubrey Suwito serta 16 orang pemuzik profssional dan Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

Malam mega ini bakal menyaksikan revolusi seorang permata seni negara yang seluruh jiwa dan raganya sudah dipahat dalam industri ini.

“Saya tidak mahu hanya sekadar ada konsert dan menyanyi tetapi kesan manis tidak dirasai peminat yang menyokong kareer saya selama ini.

“Sebab itu saya sangat berhati-hati untuk melakukan konsert dan 25 Mei depan adalah momen terbaik untuk CSA Academy ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ dilaksanakan buat peminat semua,” kata Ziana.

Tambah Ziana, konsert solo kali ini akan melambangkan perjuangannya dalam dunia seni sepanjang lebih tiga dekad.

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web www.ticket2u.com.my/zianazain dengan harga bermula RM 288 (Gold), RM 488 (PLATINUM), RM 688 (DIAMOND), RM 888 (VIP 2) dan RM 1,088 (VIP 1).

Pembelian tiket menggunakan system ‘Buy Not Pay Later’ BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket.

Manakala untuk pembelian tiket Orang Kurang Upaya (OKHU) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518. Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membli tiket di hotline tertera

Dhia Iwana