Categories: SelebritiTrending

“Bagi Saya Peluang Untuk Berdiri Balik” – Datuk Red Mohon Dua Isteri Tarik Semula Tuntutan Cerai

Ahli perniagaan, Datuk Seri Adenan Abu atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red memberi ucapan dan mesej khas untuk kedua-dua isterinya.

Menerusi video temu bual bersama Zayan FM, Adenan mendoakan isteri pertamanya, Sharifah Nurshafila Hashim atau Datin Red diberikan kesihatan dan rezeki.

Malah, dia juga meminta isteri pertamanya itu diberi ketenangan dan terbuka hati untuk menarik semula tuntutan cerai sebelum Mei ini.

“Saya nak ucapkan kepada isteri saya yang pertama, semoga sihat murah rezeki aamiin.

“Tenang dan kalau boleh bulan 5 nanti sebelum sampai bulan 5 tariklah (tuntutan cerai). Kita bina balik semula ikatan (perkahwinan) tu,” ucapnya.

Adenan juga berterima kasih buat isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi kerana menjaga aib dan banyak membantunya.

Dia juga mengharapkan supaya Adira terbuka hati untuk menarik semula tuntutan cerai yang difailkan sebelum ini.

“Yang terakhir, kepada isteri saya, Adira AF8… saya ucapkan terima kasih banyak bantu saya dan terima kasih tutup aib saya.

“InsyaAllah 24 hari, bulan 4 ni tarikh keramat kitalah kan dan saya harap awak pun tariklah kan.

“Semoga bagi saya peluang. InsyaAllah untuk saya berdiri balik.

“Saya nak berdiri dan menampak kejayaan saya bersama kedua isteri saya melihat kejayaan kita bersama,” luahnya.

Artikel Berkaitan: “Takut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

Artikel Berkaitan: Sebak! Datuk Red Merayu Beri Peluang Nak Beraya Dengan Anak-Anak & Isteri Sebagai Suami Buat Kali Terakhir -“Andai Jodoh Kita Tak Panjang…”

Artikel Berkaitan: “Saya Mengaku Sebagai Scammer, Tapi…” – Datuk Red Akui Khilaf, Kini Gigih Berusaha Kumpul Duit Lunaskan Hutang

Atiqah Johari