ZIZAN RAZAK BAKAL TEMBUSI PASARAN INDONESIA, BERLAKON DENGAN RAFFI AHMAD

Wow, Zizan bakal ke pasaran Indonesia! Selebriti kelahiran Terengganu ini dilaporkan menerima tawaran daripada artis popular Raffi Ahmad. Untung Zizan, dapat offer daripada artis papan atas tu. Rezeki…

Tambah Zizan, artis yang mempunyai 21 juta pengikut di laman Instagram itu menghubunginya sendiri selepas diperkenalkan oleh seorang pegawai perhubungan awam.

Bakal bergandingan dengan suami kepada pelakon Nagita Slavina, Zizan dijangka memulakan penggambaran filem Indonesia buat pertama kali.

“Tidak lama lagi, saya akan berlakon filem Indonesia bersama Raffi. Kami sudah pun memeterai kontrak untuk projek itu. Cuma, tajuknya saya kurang pasti.

“Insya-Allah, penggambaran akan dijalankan dalam masa terdekat. Syukur alhamdulillah, karier seni saya melangkah setapak lagi ke hadapan. Semoga semua berjalan lancar,” katanya yang kurang pasti dengan tajuk filem berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, Zizan akui nervous dengan penerimaan masyarakat Indonesia terhadap lakonannya.

“Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menerima saya nanti? Bagaimanapun, apa yang penting, saya dapat melebarkan ‘sayap’ kerjaya ke negara seberang.

“Ia juga bukan soal mencari peminat semata-mata, tetapi lebih kepada langkah baharu dalam mengukuhkan kerjaya seni.

“Diakui, saya mempunyai sekelompok peminat kecil dari Indonesia yang menetap di negara kita. Jadi, insya-Allah, peminat seni hiburan di sana juga boleh menerima saya,” tuturnya.

SGMS Faida