DRAMA KAMPUNG, NYANYIAN SUMBANG WANY HASRITA DIKECAM TERUK!

Finalis AJL32 ini dikatakan sedikit terganggu ketika membuat persembahan di pentas AJL baru-baru ini. Dan, apa yang menghampakan penonton yang hadir, persembahan Wany pada malam tersebut tidak seperti yang diharapkan. Malah, ada yang mengatakan suara Wany sumbang. Adakah ini disebabkan Wany terlebih fokus kepada persembahan lakonannya pada malam itu?

 

Wany Hasrita dikatakan menyanyi sumbang

Disebabkan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai nyanyian Wany pada malam anugerah berprestij itu, rata-rata netizen sudah mula ‘menjalankan kerja’ mereka. Pelbagai komen yang dilemparkan menerusi laman twitter, ruangan komen blog mahupun instagram Wany Hasrita Sendiri.

 

 

 

 

 

Ada juga yang menganggap lakonan selama 1 minit 17 saat itu merupakan kesilapan terbesar Wany. Malah, ada yang melabelkan drama pendek itu sebagai drama kampung.

Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan buat penyanyi yang mula terkenal dengan smule ini, sekurang-kurangnya Wany Hasrita sudah mampu untuk berdiri dan melakukan persembahan di atas pentas. Dan, itu semestinya mengundang rasa nervous lebih-lebih lagi ini adalah pertama kali penyanyi baru ini beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 32.

Salma Syahbuddin