Categories: HiburanSelebriti

Zizan Razak Tak Kisah Soal Bayaran, Lebih Memilih Naskhah – “Projek Bajet Rendah Pun Saya Okey…”

Pelakon Zizan Razak tidak menitikberat tentang bayaran sekiranya sesebuah naskhah yang ditawarkan menepati cita rasanya.

Menurutnya, Zizan atau nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak memberitahu hal bayaran di luar bidang kuasa namun tidak menolak sebarang tawaran yang berkualiti walaupun tidak mencapai bajet yang sepatutnya.

“Namun, saya okey untuk terlibat dalam mana-mana projek bajet rendah jika hati sudah jatuh hati dengan skrip,” katanya semasa ditemui di Super Wira di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Selain skrip yang bagus, kepuasan dirinya sebagai pelakon antara faktor yang mempengaruhi keputusannya untuk tidak terlalu menekankan soal bayaran.

“Saya tidak kisah sangat mengenai bayaran sebab ada sesetengah watak yang memang saya nak lakukan.

“Jadi, saya tak sentuh sangat tentang bajet tetapi nilainya adalah pada kualiti lakonan tersebut. Kepuasan pun satu benda yang saya utamakan,” ujarnya.

Maya Basir