Hiburan By: Maya Basir October 12, 2023 @ 6:23pm

Zizan Razak Tak Kisah Soal Bayaran, Lebih Memilih Naskhah – “Projek Bajet Rendah Pun Saya Okey…”

Pelakon Zizan Razak tidak menitikberat tentang bayaran sekiranya sesebuah naskhah yang ditawarkan menepati cita rasanya.

Menurutnya, Zizan atau nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak memberitahu hal bayaran di luar bidang kuasa namun tidak menolak sebarang tawaran yang berkualiti walaupun tidak mencapai bajet yang sepatutnya.

“Namun, saya okey untuk terlibat dalam mana-mana projek bajet rendah jika hati sudah jatuh hati dengan skrip,” katanya semasa ditemui di Super Wira di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Selain skrip yang bagus, kepuasan dirinya sebagai pelakon antara faktor yang mempengaruhi keputusannya untuk tidak terlalu menekankan soal bayaran.

“Saya tidak kisah sangat mengenai bayaran sebab ada sesetengah watak yang memang saya nak lakukan.

“Jadi, saya tak sentuh sangat tentang bajet tetapi nilainya adalah pada kualiti lakonan tersebut. Kepuasan pun satu benda yang saya utamakan,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

BUKAN RM200, TAPI INI KOS SEBENAR PELAMIN YUNA?

Setiap yang cantik itu semestinya memerlukan kos yang tinggi bukan? Bukanlah setakat hanya RM200 seperti yang diminta oleh bakal mempelai viral tersebut. 

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Wed, 24 Jul 2019
Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

全马首创「天降大财神」派红包贺票房大卖!

配合贺岁电影《大财神》即将上映,电影公司让大财神「从天而降」让大众直接从他手中接过红包,寓意来年继续兴旺发,提早向大家拜年!