Categories: HiburanSelebriti

Zul Ariffin Kahwin Tahun Depan?

Pelakon Zul Ariffin mengaku bakal berkahwin pada tahun depan.

Namun begitu, hero filem Sangkar ini enggan mendedahkan siapa gerangan wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu.

“Saya mahu berkahwin pada tahun depan cuma buat masa sekarang, siapa orangnya saya belum sedia untuk berkongsi dengan peminat,” katanya.

Berkongsi serba sedikit mengenai bakal isterinya, Zul mengaku bakal isterinya sedang mendalami agama Islam.

“Saya mahu dia mengenali keindahan Islam dan memeluk agama Islam bukan disebabkan saya. Saya sudah beritahu hal ini kepadanya.

“Bukan hanya dia, saya juga sedang mempersiapkan diri untuk bergelar suami. Sebaik bergelar suami, saya mahu menjadi lelaki yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya memohon doa peminat agar urusan mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

SGMS Fas