Zulin Aziz Enggan Buka Mulut Punca Berpisah – “Cukup Itu Saja, Biarlah Hanya Kami Yang Tahu”

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz enggan mengulas berkenaan muat naik terbaharunya berkaitan berita perpisahan bersama suaminya, Farhan Norzaini.

Tampil mengejutkan ramai pihak, Zulin bagaimanapun bertegas untuk tidak berkongsi mengenai punca perpisahan mereka selepas setahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz Beri Hint Bercerai Selepas Setahun Kahwin? – “Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami”

Menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs), Zulin turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik dan menganggap perkara ini adalah ujian buat mereka.

“Minta doakan yang baik-baik. Mungkin ini ujian buat kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya mohon maaf jika saya tak dapat beri apa2 penjelasan. Cukup itu saja. Biarlah hanya kami tahu. Dan biar sampai bila-bila hanya kami yang tahu,” tulisnya.

Malah, pelakon itu juga memohon agar orang ramai dapat menghormati keputusannya dan memberinya ruang untuk kembali sembuh dari dugaan ini.

“Harap dapat menghormati permintaan saya. Hanya mohon doa kalian dan semoga kami dapat jalani kehidupan yang baik di masa depan dengan haluan masing-masing. Tidak ada apa yang mahu dikongsi. Semoga Allah jaga rapat Aib kami.

“Saya bersama keluarga sekarang. Beri saya ruang dan waktu untuk healing. I will come back stronger & Thank you so much.

“Permulaan yang sangat indah. Saya berharap ia berakhir dengan baik. InshaAllah, amin ya rab,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, kedua-dua pasangan itu sudah tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Fatin Nurain