Bukan Soal Ingin Menyibuk, Sharnaaz Ahmad Ulas ‘Amaran’ Aaron Aziz -“Saya Hanya Tidak Mahu Cemarkan Bulan Ramadan”

Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil mengulas isu amaran yang diberikan oleh Datuk Aaron Aziz kepadanya sebelum ini kerana menegur tindakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan Aaron berhubung  filem The Original Gangster.

Menurut Sharnaaz, dia bukanlah mahu mencampuri urusan kedua-dua pelakon itu, malah tidak juga memihak kepada sesiapa selain melihat tindakan berbalah di media sosial pada bulan Ramadan adalah tidak wajar.

Justeru, dia enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu terbabit kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.

“Saya berhak bersuara, kerana saya salah seorang yang terbabit dalam filem The Original Gangster.

“Saya sedar pasti ada mempertikaikan saya ingin berlagak baik. Saya tahu saya bukanlah seorang yang baik, tetapi saya berusaha ke arah itu.

“Ini bukan soal ingin menyibuk, tetapi orang bercakap mengenai tempat saya cari makan dan hasil kerja yang sedang kami usahakan. Rasanya tidak salah untuk saya memberikan pendapat.

“Cuma, saya melihat tindakan berbalah dalam laman sosial pada bulan Ramadan tidak sepatutnya berlaku.

“Insya-Allah, pihak produksi akan menguruskan dan memberi penjelasan, tetapi ia mungkin dilakukan selepas bulan puasa. Ini kerana saya tidak mahu mencemarkan bulan mulia ini,” katanya.

s

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat ini mengaku sebagai seorang rakan adalah normal untuk saling bertelagah sesama sendiri.

Namun, itu bukanlah tiket untuk orang ramai di luar sana menjadi ‘batu api’ dan memperbesarkan isu tersebut.

“Sebagai sahabat, memang sentiasa ada momen bergaduh dan berbaik.

“Sama seperti saya dan Syukri Yahaya, kami berkawan baik, tetapi ada kalanya kami bergaduh. Bagaimanapun, perbalahan tidak berpanjangan dan biasanya, kami akan berbaik seperti biasa.

“Syamsul dan Aaron pernah berkawan, jadi janganlah kita menghakimi dan jangan menjadi batu api,”jelasnya.

Terdahulu, Sharnaaz menyatakan dia tidak setuju dengan gesaan agar dia dan Beto Kusyairy menarik diri daripada terus bekerjasama dengan Syamsul kerana apa yang berlaku di antara Syamsul dan Aaron adalah hal peribadi.

 

Sumber: BH

Salma Syahbuddin