“Bila Malam Akan Jadi Sesuatu” – Elak Post Gambar Anak, Hidayah Bawa Hamzah Berubat Sihir

Sebelum ini, balu kepada Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali mendedahkan bahawa dia dan anak tunggalnya terkena ilmu sihir sejak Abam meninggal dunia.

Susulan itu, menerusi hantaran di Instagramnya, Hidayah dilaporkan membawa anaknya berubat ke Gunung Jerai, Kedah.

“Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin.

“Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah juga memaklumkan bahawa dia jarang mempamerkan video atau foto Hamzah kerana akan jadi ‘sesuatu’ pada waktu malam.

“Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” kongsinya.

Malah, Hidayah menyifatkan perjalanan mereka pergi berubat di lokasi tersebut menenangkan.

“Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang

“Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Gangguan Misteri Ni Sejak Abam Meninggal” – Dakwa Terkena Sihir, Hidayah Minta Bantuan Rawat Diri & Anak

Atiqah Johari