Categories: LIFESTYLE

Awas! Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Ada Bahan Kimia Beracun

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi senarai 7 produk kosmetik yang mengandungi kimia beracun yang dikesan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Produk kosmetik yang beracun sebenarnya memberi kesan yang cepat selepas menggunakannya tetapi tidak diketahui yang ianya mempunyai kesan jangka masa panjang ke atas kesihatan pengguna.

Produk-produk tersebut ialah;

Menurut Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sejurus pengesanan bahan kimia terlarang di dalam produk terlibat, notifikasi produk berkenaan telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Berikutan itu, produk-produk itu dilarang sama sekali dijual di Malaysia.

Perihal Bahan Beracun Berjadual

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, merkuri juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi di dalam kandungan. Ia boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Amaran Buat Penjual dan Pengedar Produk Kosmetik

“Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.”

Info Penting Kepada Orang Awam

Dinasihatkan agar berhenti menggunakannya dengan kadar segera.  Dapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang kesan sampingan.

Jangan lupa untuk mencari informasi tentang status produk kosmetik dan ubatan di laman sesawang rasmi NPRA sebelum melakukan pembelian.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SGMS Enal